Contact us: mylabusayong@gmail.com Call: 017-5454110 (rino)

Wednesday, September 29, 2010

 Pengenalan

Peribahasa Melayu ada mengatakan : Ditetak belah,
dipalu belah 
tembikar juga akan jadinya yang membawa
erti walau bagaimanapun 
diseksa atau disakiti,
kesudahannya jadi mayat juga.


Melalui peribahasa Melayu, kita dapat membuat kesimpulan
bahawa 
tembikar memainkan peranan yang penting dalam
kehidupan orang 
Melayu pada masa dahulu.

Di negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak
beribu-ribu tahun 
dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan
penemuan serpihan-serpihan 
tembikar di Bukit Tanjung
Lembu, Perlis, di Gua Cha, Kelantan dan 

Ulu Tembeling, Pahang. 

Sejarah 

Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan
Melayu tradisi. 
Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara
barang-barang yang diperbuat 
dari tembikar ialah zawan,
mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. 

Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan
pengeluaran 
barangan ialah di Kampung Mambong,
Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, 
Kuala Kangsar, Perak,
di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang 
dan
beberapa tempat di
Sarawak. 


Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di
Malaysia ialah labu sayong. 
Cara menghasilkan tembikar
juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut 
tidak
banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan
rekacorak hiasan 
atau pengemasannya. Perbezaan ini
wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup 
mesyarakat
tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga
memberi 
gambaran bahawa barangan tembikar tradisional
mengutamakan ciri fungsional 
dari ciri perhiasan. Labu
ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang 

bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama
merupakan sebuah 
kampung yang terletak di Kuala Kangsar. 

No comments:

Post a Comment