Contact us: mylabusayong@gmail.com Call: 017-5454110 (rino)

Wednesday, September 29, 2010

Sejarah Labu Sayong

Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar.


 Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram


*(Lihat Produk)
Labu Sayong merentas zaman...


Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam MukimSayong, iaitu sebuah desa yang terletak 14 kilometer dari Kuala KangsarNegeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.
Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung,padisenduduklawangcengkih dan pucuk rebung.